Friday, 13 September 2013

Petua Kulit Tegang sehingga umur 100 tahun +++

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca yang budiman...

Malam ni, terasa 'free' untuk mencoret Petua Kulit Tegang di blog ini. Petang tadi balik awal kerja kerana pitam (tak dapat derma darah pada program syarikat < CSR : Blood Donation >.

Sedia dengan pen dan kertas ? heheh.. tak perlu rasanya...

Petua ini cukup mudah.. Diamalkan oleh arwah moyang saya (kami adik beradik memanggil arwah dengan nama Nyang We - moyang kami anak yang tua).

Kata mak :

                7 kuntum BUNGA CENGKIH
                1 gelas air masak (air mati) &
                7x bacaan selawat ke atas Nasi Muhammad SAW
                 -- Perhatian : jika dikhuatiri terlekat pada saluran kerongkong, boleh juga letak dalam pisang atau                                       nasi ;)

Sebaik-baiknya diamalkan ketika waktu pagi, tanpa gigi digosok dahulu, kerana enzim di dalam mulut juga membantu dalam penjagaan organ penghadaman.

Rajah : Bunga Cengkih 

Kata mak, ketika arwah moyang berumur 100 tahun, kulit arwah masih tegang. Rahsianya seperti di atas.

Ayah pula menyambung, kalau nak kulit tidak dimamah usia, jangan dilayurkan berdekatan api (seperti di
luar negara, mereka menggunakan api untuk memanaskan badan. Itu adalah sebab kenapa orang yang
membuat pemanasan badan menggunakan api lebih mudah kecut (penuaan cepat berlaku).


Okehh :) itu sahaja buat semua yang sudi singgah di halaman penulis.

Terima Kasih / Nandre / Xiexie / Arigato / Gracias ~



Wednesday, 29 May 2013

Melecur - Testimoni Aloe Vera Gelly (Forever Living)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat para pembaca... 

Penulis ingin menceritakan pengalaman penulis terkena minyak panas. 

24 Mei 2013, malam 
Terasa mahu membawa jemput-jemput ke tempat kerja besok. Lalu,kugode bahan-bahan yang sepatutnya seperti gandum, air garam, ubi kentang, bawang, ikan bilis, lobak dan air. Siap, lantas adunan tadi dimasukkan ke dalam peti. 

25 Mei 2013, pagi

Usai mandi, minyak dipanaskan. Pabila minyak panas, jemput-jemput dimasukkan satu persatu. Pada saat jemput yang kelima, tiba-tiba berlaku percikan minyak dari dalam kuali ke muka. Apalagi, terus penulis menjerit. "Sakit, sakit !!!". Pedihnya usah dikata. Ibarat cili api terkena pada muka. Teringat ayat yang boleh disapu ketika terkena minyak panas. Lalu penulis menyapu ayat pada muka dan lengan. Penulis kene bersiap untuk ke tempat kerja. pedih tak hilang lagi. Tapi, nak tutup kesan merah pada muka, sapula bb cream Silky Girl dan compact powder Silky.. da nampak kesan melecur tadi berbekas di muka... aduh... pedih sangat... 


:: mase ni x nampak sangat lagi sel kulit yang mati :( tp pedih tu memang terasa sangat ! ::

3 hari jugak biarkan muka tanpa apa2.. nak pakai produk yang ada di pasaran, hati memang x yakin.. masuk Guardian, Watson dan survey pelbagai produk...

:: banyak betul produk yang ada di pasaran... tapi fobia... ::

Kata mak, "tak payah pakai apa-apa Long, nanti hilanglah." Tapi, sikap orang muda, x sabar kan. Terfikir, da jadi ahli Forever Living, kenapa x guna produk yang ada :)

Lantas ku hubungi Kak Elly dan Iqa (mentor2 dalam
Forever Living). Bertanya tentang produk yang sesuai. Alhamdulillah... aku cuba :

Aloe Vera Gelly... terasa sejuk ketika menyapu ke wajah

29 Mei 2013, pagi
masuk hari ke-5, parut semakin lama semakin baik. Syukur kepada Allah SWT.




:: masa ni, wat biasa je kalau orang pandang, sebab rase macam Dayang Senandung, huhu ::

30 Mei 2013, pagi
hari ke-6


:: ade parut yang da tanggal, syukur Allah ::

31 Mei 2013, pagi
hari ke-7.. alhamdulillah.. parut di muka pulih sepenuhnya....

:: alhamdulillah ::

dalam keadaan melecur nilah, panggilan temuduga dapat. ex-boss request untuk penulis kerja di situ semula. Malu juga mula2, yelah.. hari ke3 mase tu, muka masih melecur. Tapi, kuatkan hati demi niat kerana Allah dan keluarga, gagahkan diri untuk ditemuduga dan alhamdulillah berjaya.



* p/s : kalau nak order product ni, boleh inbox di Facebook penulis ye !



   

Sunday, 26 May 2013

Sejarah Melayu (Piramid, Tamadun Yang Hilang dan lain-lain)


                                                                            Ahad; 27 Mei 2013; Kuantan; 10.28 pm



Assalamua'laikum dan selamat sejahtera...

Ini merupakan pertemuan kali ketiga bersama En. Salehuddin, seorang pakar Sejarah yag admin sudah kenali sekian lama. Rupa-rupa rahsia yang admin kaji selama ini, juga dikaji oleh beliau sejak sekian lama. Bersama-sama beliau, ditemani seorang pakar Fizik, En. Jafri. Malam ini merupakan pertemuan pertama dengan En. Jafri.


En. Salehuddin
Pertama sekali, En. Salehuddin berkata En Sharafuddin (ketika pertemuan kedua, En. Sharafuddin menemani beliau menemui kami) baru ke Mekah dan mengkaji rahsia di sana (Mekah). Pulang nanti, kita tunggu apa butirannya :)

Seterusnya, kata En. Saleh, orang putih yang jumpa piramid di kawasan Pahang telah mengambil gambar. Adakah kita tahu?



Seorang engineer, IR Ali telah mengkaji kawasan Gunung Gelap (arah KIPSAS - Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah. Terdapat di sebelah kanan, tapak rata - tanah sawit). Lihat Google Map di bawah :

* Kawasan ini sebenarnya ada tompokan hijau. Semasa belajar Geografi dahulu, hijau menandakan kawasan bukit-bukau.




Tetapi, apabila anda zoom, tiada apa (dilindung.. kenapa? itu kita kena kaji).

En. Saleh  berkata lagi, kemuncak Gunung Benom kelihatan bercahaya (ada orang pernah nampak). Tetapi, orang tersebut tidak boleh naik untuk melihat. Kenapa?


Jangan pula kita jadi seperti di Afghanistan di mana Presiden Obama & Presiden Vladmir Putin sedang menunggu untuk melihat UFO yang dikatakan ditemui. Tetapi, kesemua 8 orang Tentera US hilang tanpa jejak. Kenapa?


En. Jafri
Kata En. Jafri, Pakar Fizik pula... di mana Atlantis?


Kata beliau, dari Vietnam -> Filipina -> Australia -> Burma, jikalau air laut naik, habislah kita. Kenapa? kerana kita sebenarnya berada kurang 200 kaki di bawah paras laut.


Jikalau kita mengkaji, Sungai Rejang, Sungai Mekong dan beberapa sungai lain (tak sempat nak tulis) sebenarnya bercantum dan menuju ke arah Vietnam dan Filipina. Kenapa? kerana di sinilah terletak Tamadun Yang Hilang :)


Beliau menambah lagi, Red Indian (orang asli Amerika - sebenarnya orang Islam). Ini menunjukkan agam Islam telah tersebar sejak sekian lama. Kenapa? Kaji...


Seterusnya, peradaban Maya yang hilang pada Tamadun Ingkar, dikatakan bahasa mereka SAMA dengan BAHASA MELAYU. Kenapa? Kaji...





Jika kita lihat, kenapa ada huruf jawi (6 huruf - nga, cha, pa, ga va & nya) tiada dalam Bahasa Arab? Adakah kerana tulisan Jawi sebagai asas kepada Bahasa Arab? Kaji...


Cuba Google Map Sungai Bebar & Tanjung Lumpur (kawasan : Pekan Pahang). Kaji... apa yang ada di sana.


Kata beliau lagi, tanah kita bercantum suatu ketika dahulu... ditunjukkan oleh beliau pada google Map, pulau ini jika di zoom kan, terdapat kalimah Allah... tetapi sekarang sudah tidak kelihatan, kenapa ? Kaji...

Kata beliau lagi, Stargate / WormHole memang wujud. Jadi, kaji...
sebagai contoh, cerita Doraemon dan Star Trek ade kebenarannya yang difantasikan.


Sheikh Muzaffar (angkasawan Malaysia pertama) bercerita sebelum naik ke ISS, mereka akan orbit Bumi sejauh 7 pusingan, dan sampai ke Mekah baru melancar ke atas. Kenapa? kata emak, itu ada zahirnya ke atas diri kita ini. Nak tahu? Kaji... dan admin tahu, kerana emak ayah dah bercerita mengenai pengenalan diri kita (Jalan Mengenal Diri - Makrifatullah).


Contohnya, kertas empat segi dilipat sehingga kecil. Berapa kali lipatan ? 7 bukan ? kenapa 7 ? kerana angka 7 menunjukkan rahsia Allah, kebesaran Allah. Kaji...


Kaji Teori Fibonacci (Fibonacci Number). Ada orang Islam kaji x ? Tapi diorang tak jumpa apa dicari, setelah dicantumkan bersama Islam, baru mereka faham.


**********************************************************************************************************


Pengakiran kepada pertemuan ini, En. Jafri menyuruh admin mengkaji 2 benda. Itu, kene tunggu entri seterusnya.


Dan, ada sebab kenapa Pahang tak berdaulat. Tapi, kata En. Salehuddin pantang Orang Melayu menjadi penghianat. Hint nya... sabar.



dan pertemuan kami berakhir jam 12 malam...
semoga berjumpa lagi untuk terus mengkaji dan meneroka asal-usul Melayu :)
wassallam.

























Saturday, 25 May 2013

Hanya Aku - Teduhan Kasih



" hanya ku yg mcari
rembulan masih ada 
mungkin seketika
walau ku bahagia 
mengejar bayangan mu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
hanya aku... "


lirik di atas buat admin rasa... entahla... jodoh admin x sampai lagi... mengharap tak juga... Rahsia Allah, sabar ~

Belum Berjaya - PTD M41 (kali ke-2)


salam dan selamat sejahtera para pembaca sekalian... nampaknya keputusan yang keluar pada 23 Mei 2013 yang lalu menunjukkan yang admin belum berjaya agi ;) xpe ! usaha lagi !

* ayah, mak, adik-adik, kawan-kawan kata, sabar... usaha lagi :) korang pun same ye.. yang dapat tu, tahniah.. dan yang tak berjaya... usaha lagi !!!

Monday, 20 May 2013

Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Jengka (Pahang) Sesi Dec 2010 - April 2011



Batch 36, 37 & 38....
nak tahu kisah di sebalik aktiviti Komander Kesatria UiTM Pahang (ketika aku belajar) ?
tunggu entri seterusnya :)

PTD GRED M41 - ULASAN SETELAH PEPERIKSAAN KALI KE-2

Tarikh     : 13 April 2013 
Masa      :  9 pagi - 3 petang
Tempat   : Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC)

baru tiba di dewan peperiksaan
alhamdulillah.. sebulan yang lepas telah selesai Peperiksaan Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41...rezeki untuk menduduki peperiksaan ini buat kali ke2 setelah aku gagal pada tahun lepas di Universiti Malaysia Pahang. 


last recall
Bahagian A - Pengetahuan Am : 50 soalan (45minit)

Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia.

Antara yang aku ingat :

i. Apa tugas SPA, JTK - perlu faham bidang setiap badan

ii. Anugerah Nobel - Henry Kissinger, Bishop Tutu penerima bagi kategori ?

   Jawapan : Perdamaian 1973 (Henry Kissinger) 
                   rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_penerima_Nobel_menurut_negara &
                      
                   Peace Prize 1984 (Bishop Tutu) 
                   rujukan : http://www.irishcatholic.ie/20130411/news/bishop-tutu-receives-peace-prize-S32362.html

iii. Enakmen - bawah kuasa kerajaan ?

iv. MATRADE @ MITI - beza peranan ?

v. Negara pertama muflis - Greece / Sepanyol / Britain ?

vi. Akauntabiliti awam ?

vii. ASEAN + 3 : 3 itu merujuk kepada negara apa? # US, Jepun, China, Korea ? 

viii. Negara yang terakhir menyertai ASEAN : Laos, Myanmar, Kemboja / Timor Leste ?
     
      rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara - Timor Leste

- dan soalan lain banyak berkisar tentang NKEA, Bantuan Rakyat, Sukan Komanwel, dll.
Bahagian B - Daya menyelesaikan masalah :  (45minit)

3 elemen diuji : Kemahiran Logik, Kemahiran Menginteprestasi Data & Konsep2 Matematik

Perlu banyak latihan IQ & soalan2 SPM - matematik : mod, median, julat, jarak, dll.

Bahagian C - Esei Bahasa Melayu : 3 soalan pilih 1 sahaja (1 jam)

i. Gagasan 1 Malaysia - harapan rakyat Malaysia
ii. Media sosial - pengaruh pada masyarakat 
iii. Warga emas - usaha membela nasib mereka  


Bahagian D - Esei Bahasa Inggeris : 3 Questions choose only 1  (1 hour)

i. Job Satisfaction - answer : refer attachments
   reference : http://en.wikipedia.org/wiki/Job_satisfaction

employee dissatisfaction vs satisfaction
criterias

ii. To what extent universities function as training grounds for employment
iii. Generation gaps - answer : Baby Boomers Generation, X Generation, Y Generation, Millennium Generation

Sebagai kesimpulannya,

Usaha sudah. Jadi tawakkal dan sentiasa berdoa padaNya agar dipermudahkan selalu. Amin2 Ya Rabbal A'alamin


finishing exam
*** sekarang menunggu detik 23 Mei 2013, kerana keputusan sama ada lulus atau tidak akan diketahui.. Ya Allah, aku mohon agar Kau permudahkannya.. amin40x..


Ikhlas,
Noorul Amilin binti Hashim
Calon Peperiksaan PTD 2013, 2012