Malam ni, terasa 'free' untuk mencoret Petua Kulit Tegang di blog ini. Petang tadi balik awal kerja kerana pitam (tak dapat derma darah pada program syarikat < CSR : Blood Donation >.
Sedia dengan pen dan kertas ? heheh.. tak perlu rasanya...
Petua ini cukup mudah.. Diamalkan oleh arwah moyang saya (kami adik beradik memanggil arwah dengan nama Nyang We - moyang kami anak yang tua).
Kata mak :
7 kuntum BUNGA CENGKIH
1 gelas air masak (air mati) &
7x bacaan selawat ke atas Nasi Muhammad SAW
-- Perhatian : jika dikhuatiri terlekat pada saluran kerongkong, boleh juga letak dalam pisang atau nasi ;)
Sebaik-baiknya diamalkan ketika waktu pagi, tanpa gigi digosok dahulu, kerana enzim di dalam mulut juga membantu dalam penjagaan organ penghadaman.
![]() |
Rajah : Bunga Cengkih |
Kata mak, ketika arwah moyang berumur 100 tahun, kulit arwah masih tegang. Rahsianya seperti di atas.
Ayah pula menyambung, kalau nak kulit tidak dimamah usia, jangan dilayurkan berdekatan api (seperti di
luar negara, mereka menggunakan api untuk memanaskan badan. Itu adalah sebab kenapa orang yang
membuat pemanasan badan menggunakan api lebih mudah kecut (penuaan cepat berlaku).
Okehh :) itu sahaja buat semua yang sudi singgah di halaman penulis.
Terima Kasih / Nandre / Xiexie / Arigato / Gracias ~